Tuesday, March 31, 2015

Pantai Penyabong

Cuti kali ini aku manfaatkan dengan sebaik mungkin. Plan cuti kali ni tak mau ke sebelah utara. Dah selalu sangat balik kampung ke utara. Kali ini aku plan ke selatan pula. Johor destinasi yang dipilih.

Kali ini hanya aku dan isteri sahaja yang akan bercuti. Nak aku ada yg kat asrama dan bekerja tak dapat cuti. Planing kali ni nak jalan slow-slow, tak ada nak kekar apa-apa. Hotel pun tak booking. Main terjah saja.

Destinasi yang dituju dari KL ialah Pantai Penyabong, yang terletak di Daerah Mersing. Tempat ni bersempadan dengan Endau, Rompin. Aku memilih untuk melalui Lebuhraya PLUS dan exit di Kluang. Bulan March 2015 ni memang panas, terasa bahang menerjah muka. Nasib baik aircond kereta tak buat hal. Bertolak pun dah agak lewat selepas selesai urusan. kami sampai ke Pantai Penyabong dah dekat pukul 6.00 petang, selepas singgah ke beberapat tempat.

Pantai Penyabong